• Latest Update

  • LD Sports Sdn Bhd

    LD Sports is a leading sports event management company that successfully staged the Merdeka Tennis Festival in 2007 and the 2008 Showdown of Champions.

    The Clash of Times and Clash of Titans in 2007 were part of Malaysia’s 50th anniversary of Independence featuring Pete Sampras, Roger Federer, Rafael Nadal and Richard Gasquet.

    Federer made a return in 2008 for The Showdown of Champions showcasing four champions from two eras in one night. The Swiss ace was accompanied by James Blake and two legends, John McEnroe and Bjorn Borg to make the 2008 edition an unforgettable night for tennis. For more information, please visit www.showdownkl.com.

    The event’s official sponsors are Royale Chulan, Yonex and Pavilion Kuala Lumpur and supported by the Ministries of Tourism and Youth and Sport.

    For media queries, please contact:

    Rizal Hashim +6012-234 4262 (rizal.hashim@yahoo.com)

Tenis dan Fesyen dalam Pertemuan Glamor

Firefly mengumumkan perkongsian Platinum dengan Showdown of Champions 2009: The Glam Slam

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Disember, 2009 – Showdown of Champions 2009 melakar perkongsian kemenangan dengan Firefly apabila ia mengalu-alukan syarikat penerbangan komuniti itu sebagai Rakan Platinumnya. Melalui pakatan strategik ini, Firefly akan mempunyai hak untuk menggunakan gambar-gambar terpilih dan penjenamaan Glam Slam bersama-sama empat pemain tenis antarabangsa ini, iaitu Elena Dementiva, Maria Kirilenko, Zheng Jie dan Sania Mirza, selama satu tahun.  Ini akan diperluaskan kepada syarikat induk Firefly, Malaysia Airlines dan subsidiarinya MASwings. Berlangsung di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, hotel penginapan rasmi, majlis taklimat tersebut juga menyaksikan pelancaran carian dua ‘Pegawai Perhubungan”, iaitu dua orang  caperon wantia  tempatan , yang bakal  menghabiskan empat hari mendampingi dua daripada bintang-bintang tenis yang trampil dan glamor tersebut sepanjang  acara pertunjukan mereka di Kuala Lumpur.

“LD Sports teruja kerana mendapat Firefly sebagai Rakan Platinum Showdown. Rangkaian serantau dan antarabangsa, ditambah pula dengan sokongan MAS dan MASwings, amat sesuai untuk menampung jangkaan pertambahan aliran pelancong yang datang untuk acara Showdown itu. Dengan 21 pejabat tiket mempromosi acara ini, kehadiran meluas Firefly dan MAS juga menjadi sebagai platform pemasaran yang amat tepat untuk kami meningkatkan lagi kesedaran,” kata En. Adlin Zabri, Timbalan Pengerusi LD Sports Sdn.Bhd., penganjur Showdown of Champions.

Kata beliau lagi, sebenarnya sepanjang tiga tahun menganjurkan ekstravaganza tenis ini adalah kali pertama acara  Showdown mengadakan usahasama dengan syarikat penerbangan. Penajaan oleh Firefly bernilai RM500,000 ini menunjukkan betapa semakin popularnya acara Glam Slam di Malaysia.

Cik Angelina Fernandez, Ketua Pemasaran & Komunikasi Firefly berkata, dengan menjalin usahasama dengan LD Sports untuk Showdown of Champions 2009, jenama ini tetap setia dengan komitmen merapatkan komuniti bukan sahaja  untuk rakyat Malaysia tetapi juga untuk pengunjung luar.

Katanya lagi, “Liputan meluas Firefly di lapangan terbang seluruh Malaysia,  Indonesia, Thailand dan Singapura telah meningkatkan bilangan pengunjung ke Malaysia. Menerusi gabungan rangkaian yang ditawarkan oleh Firefly, Malaysia Airlines dan MASwings, perkongsian ini  sekarang akan menarik  lebih ramai pengunjung ke negara kita. Firefly akan melancarkan pakej Grand Slam melalui internet pada esok hari.”

Penajaan Firefly merangkumi  tiket Malaysia Airlines dan Firefly serta pakej Firefly.

Diberi jolokan Asia lwn Russia, perlawanan pertunjukan ini dijadualkan berlangsung pada 19hb dan 20hb Disember dan akan menyaksikan wanita empat serangkai itu mempamerkan ketrampilan dan selera fesyen, baik dalam mahupun luar gelanggang.  Tepat digelar Glam Slam yang meraikan selera fesyen para pemain itu, mereka akan beradu kehandalan dalam perlawanan bergu dan perseorangan di Stadium Malawati, Shah Alam. Showdown of Champions 2009 disokong oleh Kementerian Pelancongan, Belia dan Sukan, dan Persatuan Lawn Tennis Malaysia (LTAM).

“Tenis telah bertemu jodoh dengan fesyen. Saya percaya tidak banyak sukan yang terjalin erat dengan tenis seperti tenis – suatu ikatan yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini lebih disengajakan apabila bintang tenis turut menjadi sosialita,” kata Adlin ketika mengumumkan pelancaran Glam Slam dalam usaha mencari dua orang Pegawai Perhubungan wanita, masing-masingnya akan ditaja oleh LD Sports dan Firefly

Ketika membentangkan butir-butir pencarian itu, beliau berkata, ”Kepada pemenang usaha pencarian Pegawai Perhubungan LD ini,  LD Sports akan menghadiahkan penginapan tiga malam di bilik bujang Hotel Royale Chulan dan wang perbelanjaan RM1,000. Ini adalah peluang sekali seumur hidupi seorang wanita Malaysia yang bertuah, berumur 18 tahun ke atas terpilih menjadi caperon kepada seorang daripada empat pemain tenis itu. Sebagai penambah glamor, wanita bertuah Malaysia kita itu akan dibantu oleh dua orang selebriti dan seorang pemenang Pegawai Perhubungan Firefly –  acara Showdown bakal mempunyai empat serangkai Glam Slam anak tempatan Malaysia! “

“Peranan sebagai Pegawai Perhubungan akan memerlukan mereka menjadi sebagai  orang perantaraan dan mengiringi bintang tersebut dalam setiap sesi khlalayak ramai dari saat mereka tiba sehinggalah  mereka berangkat pulang. Tugas ini amat sesuai bagi wanita yang pandai bercakap, yakin dan  jelas tutur katanya. Pegawai Perhubungan ini juga akan menjadi duta negara kita, oleh itu calon kita perlu arif dengan budaya, adat resam tempatan dan pelbagai tawaran Malaysia sebagai destinasi pelancong,” jelas beliau.

Cara penyertaan amatlah mudah. Calon-calon yang berminat diminta datang ke Aras 3, Connection Precinct, Pavilion Kuala Lumpur hari Jumaat ini, 11 Disember antara 6.30ptg – 8mlm dengan berpakaian dan berkasut tenis yang anggun, menawan atau kreatif. Pihak penganjur berhasrat untuk tetap setia kepada  pernyataan fesyen yang sering dilontarkan oleh empat bintang tenis itu sendiri! Bersedialah untuk ditemui salah seorang kru berpakaian seragam Showdown of Champions, jawab beberapa soalan mudah dan berpeluang menjadi Pegawai Perhubungan yang dicari-cari itu!.

Firefly pula akan melancarkan usaha pencarian ‘Pegawai Perhubungan Firefly’ sendiri menerusi media internet, iaitu melalui halaman Facebook-nya.

Angelina menegaskan bahawa, “Para penunpang kami adalah trofi kami. Peluang penyertaan akan dikongsi dengan para penumpang kami dan usaha pencarian kami berniula di internet pada hari esok. Inilah peluang untiuk penumpang kami bukan sahaja menikmati pengalaman mendampingi bintang-bintang tenis ini, tetapi juga menjadi BINTANG sendiri, sambil menikmati segala pemberian menarik daripada Firefly. Kami amat teruja atas peluang yang diberi kepada penumpang kami.”

Apapun, kemasyhuran dan glamor pasti menanti para pemenang bertuah!

Adlin menggesa para pemenang dan pencinta fesyen supaya menempah tiket mereka ke Showdown awal-awal  supaya tidak kecewa. Tiket Glam Slam boleh dibeli menerusi www.tickethotline.com.my  dengan harga dari RM48 hingga RM208 bagi tempat duduk tepi gelanggang. Untuk butur-butr lanjut peraduan dan Showdown, layari http://showdownkl.com

-        Tamat        –

Latar Belakang LD Sports Sdn. Bhd.

LD Sports adalah syarikat penganjur acara yang terkenal ditubuhkan pada tahun 1997. Pernah menganjurkan acara bawah khemah dan perlawanan sukan  yang  mendapat sambutan hebat Showdown of Champions 2008 dan Clash of Times/the Titans pada 2007, yang menampilkan barisan bintang dan jaguh tenis Roger Federer, Rafael Nadal, John McEnroe dan Bjorn Borg, LD Sports juga berjaya mementaskan muzika Merchants of Bollywood dalam suatu usahasama pada pertengahan 2009.

Latar Belakang Firefly Sdn.Bhd.

Firefly, Penerbangan Komuniti Anda dilancarkan pada April 2007. Ia dikendalikan di bawah FlyFirefly Sdn. Bhd, dan merupakan sebuah subsidiari milik penuh Malaysia Airline System (MAS) Berhad. Nama ‘Firefly’ melambangkan personaliti syarikat pernerbangan, yang berwatak lincah, pintar, menawan dan ceria.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari  http://www.fireflyz.com..my/about/company-profile

Pertanyaan media mengenai Firefly hendaklah ditujukan  kepada:

Raja Saadi Raja Amrin, Pengurus PR  di 012 2260048 atau

rajasaadi.rajaamrin@malaysiaairlines.com

Untuk pertanyaan media yang lain,  sila hubungi:

Devakhi Nathan
G2 Public Relations
T: 03 – 2178 0060
Devakhi.Nathan@g2.com

Suchithra Krishnan
G2 Public Relations
T: 03- 2178 0054
Suchithra.Krishnan@g2.com

Rakan Platinum:
fireflyz

Categories News | Tags: , ,

© Copyright LD Sports Sdn Bhd 2009 · Designed by DanaScreen · Login 92853 hits since 27 October 2009